Elemen-elemen pembelajaran berpusatkan murid dalam pengajaran akidah dan impaknya

Tranformasi pembelajaran masa kini menuntut guru-guru mengaplikasikan pendekatan pembelajaran yang memberi ruang kepada murid-murid meneroka ilmu dan menggilap potensi mereka. Usaha ini perlu sejajar dengan matlamat untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seim...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fatahiyah Elias, Mohd Isa Hamzah, Khadijah Abdul Razak
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19119/1/42589-178745-1-PB.pdf
Description
Summary:Tranformasi pembelajaran masa kini menuntut guru-guru mengaplikasikan pendekatan pembelajaran yang memberi ruang kepada murid-murid meneroka ilmu dan menggilap potensi mereka. Usaha ini perlu sejajar dengan matlamat untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari aspek akademik dan sahsiah diri. Kajian kes ini dilaksanakan bagi meneroka elemen-elemen yang terlibat dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) Akidah dalam kalangan murid sekolah rendah dan impaknya. Seramai lima orang guru PI sekolah rendah telah ditemubual secara mendalam di samping terlibat dalam pemerhatian dan analisis dokumen bagi meneroka amalan mereka dalam P&P Akidah. Data telah dianalisis secara tematik. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat tiga elemen utama yang terlibat dalam proses pembelajaran masa kini, iaitu ruang berfikir, interaksi dua hala dan kolaboratif. Impak pembelajaran berpusatkan murid dalam Akidah meliputi aspek pemerkasaan budaya intelek, pembentukan insan kamil dan pemantapan profesionalisme keguruan. Implikasinya, pembelajaran berpusatkan murid dalam pengajaran Akidah juga melatih guru lebih bersedia dalam P&P, meningkatkan ilmu guru dan murid seterusnya menggilap potensi diri murid. Di samping itu, penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran agar lebih bermakna dalam penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai turut diperolehi.