Summary: | Isu cubaan membunuh diri semakin menular dalam kalangan masyarakat disebabkan tekanan hidup yang
melampau. Isu-isu cubaan membunuh diri ini juga melibatkan golongan gay dan lesbian. Golongan muda yang
terlibat dalam hubungan sejenis mempunyai kecenderungan cubaan bunuh diri disebabkan faktor persekitaran,
gangguan mental, tekanan dan kemurungan. Kajian kes ini bertujuan untuk menyiasat kecenderungan
membunuh diri dalam kalangan gay dan lesbian dari perspektif enam kaunselor berdaftar yang mempunyai
pengalaman mengendalikan sesi kaunseling dengan klien gay dan lesbian yang mempunyai kecenderungan
cubaan membunuh diri. Kajian ini menggunakan temubual separa berstruktur bagi mengumpul data. Data
kajian dianalisis dengan cara meneliti trankripsi rakaman temu bual dan mengenal pasti tema yang muncul
berdasarkan objektif kajian dengan bantuan program NVIVO 11. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor
persekitaran, kemurungan dan konflik dalaman diri menjadi faktor utama kepada kecenderungan membunuh
diri dalam kalangan gay dan lesbian. Dapatan kajian ini memberi gambaran tentang amalan kaunseling gay
dan lesbian di Malaysia, serta mengimplikasikan bahawa kaunselor termasuk guru bimbingan dan kaunseling di
sekolah perlu turut berpengetahuan dalam isu-isu kecenderungan bunuh diri dalam golongan gay dan lesbian
bagi membolehkan mereka menangani isu tersebut dengan lebih berkesan.
|