Menangani masalah kelahiran anak tak sah taraf di Malaysia : peranan perundangan jenayah syariah dalam masyarakat

Statistik kelahiran anak tak sah taraf yang tinggi di Malaysia membuktikan masyarakat sedang mengalami krisis keruntuhan moral yang sangat meruncing. Hal ini jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang menekankan tentang kemuliaan nasab dan keturunan dalam kehidupan berkeluarga. Artikel ini bertu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Azizah Mat Rashid, Noor Aziah Mohd Awal, Ahmad ‘Azam Mohd Shariff, Nor ‘Adha Abd Hamid, Tg. Noor Azira Tg. Zainudin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19433/1/33445-106433-1-PB.pdf
Description
Summary:Statistik kelahiran anak tak sah taraf yang tinggi di Malaysia membuktikan masyarakat sedang mengalami krisis keruntuhan moral yang sangat meruncing. Hal ini jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang menekankan tentang kemuliaan nasab dan keturunan dalam kehidupan berkeluarga. Artikel ini bertujuan menganalisis prinsip dan pengaplikasian syariah berkaitan anak tak sah taraf. Dalam penganalisisan tersebut, beberapa sorotan literatur dilakukan berkaitan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah dalam menangani masalah kelahiran anak tak sah taraf. Seterusnya artikel ini akan mengenalpasti permasalahan berkaitan kelahiran anak tak sah taraf dan mencadangkan beberapa saranan sebagai penyelesaian. Kajian yang digunapakai dalam artikel ini menggunapakai kerangka kajian perundangan tulin berbentuk kualitatif di mana metod kajian perpustakaan diaplikasikan bagi tujuan pengumpulan data. Data yang diperolehi dari penulisan tesis, artikel jurnal, buku-buku, laporan akhbar serta sumber-sumber rujukan umum lain dianalisis secara kritis. Analisis kritis turut dilakukan terhadap dokumen-dokumen kajian lepas berkaitan isu anak tak sah taraf dan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah. Artikel ini turut mengutarakan pandangan bahawa satu kajian mendalam yang lebih kritis dan komprehensif perlu dilakukan sebagai sumbangan kepada korpus akademik khususnya bagi menambah khazanah ilmu perundangan jenayah syariah berteraskan kepentingan memelihara maqasid syariah. Langkah tersebut juga merupakan suatu usaha ke arah memastikan agar perundangan jenayah syariah di negara ini mampu membendung permasalahan kelahiran anak tak sah taraf dalam masyarakat.