Bab Buruh dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) : kesan kepada perundangan buruh Malaysia

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) merupakan satu perjanjian perdagangan baru yang dilihat sebagai perjanjian ulung hasil daripada rundingan lebih sedekad. Perjanjian ini juga perjanjian yang amat sensasi disebabkan perubahan dan pergerakan baru dunia perdagangan yang dipimpin oleh Amerik...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Faliq Abd Razak, Kamal Halili Hassan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19434/1/33643-106434-1-PB.pdf
Description
Summary:Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) merupakan satu perjanjian perdagangan baru yang dilihat sebagai perjanjian ulung hasil daripada rundingan lebih sedekad. Perjanjian ini juga perjanjian yang amat sensasi disebabkan perubahan dan pergerakan baru dunia perdagangan yang dipimpin oleh Amerika Syarikat. Perjanjian yang dilihat sebagai perjanjian perdangangan yang terulung dalam dunia perdagangan abad ke-21 ini bakal membawa perubahan besar kepada negara dalam pelbagai sektor khususnya perdagangan dan ekonomi. Perjanjian perdagangan ini bukan sahaja menyentuh isu perdagangan tetapi turut menyentuh banyak aspek lain seperti piawaian buruh, alam sekitar dan harta intelek. TPPA memberi impak secara langsung kepada undang-undang buruh di Malaysia dalam menepati Bab Buruh seperti yang diperuntukkan di bawah TPPA. Adakah Malaysia perlu mengekalkan sistem buruh sedia adadengan sedikit pindaan ataupun perlu kepada transformasibesar bagi merealisasikan keberkesanan TPPA? Metodologi kajian yang digunakan adalah analisis teori berdasarkan data yang diterbitkan secara sumber primer dan sekunder. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis implikasi perundangan buruh di Malaysiasetelah Malaysiamenandatangani TPPA yang turut disertai oleh 11 buah negara lain. Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa beberapa undang-undang buruh di Malaysia perlu dipinda sebagai memenuhi obligasi pematuhan kepada piawaian buruh antarabangsa seperti yang ditetapkan di bawah TPPA.