Elemen-elemen sosiobudaya dalam kalangan masyarakat Boyan di Semenyih, Selangor

Kajian ini mengenai elemen-elemen sosiobudaya dalam kalangan masyarakat Boyan di Semenyih, Selangor. Masyarakat Boyan yang menetap di sini merupakan generasi kedua selepas ibubapa mereka migrasi atas faktor mencari kehidupan baharu. Generasi kedua masyarakat Boyan telah mengalami pertembungan bud...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norshahera Zulkifli, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19697/1/468-Article%20Text-673-1-10-20220707.pdf
Description
Summary:Kajian ini mengenai elemen-elemen sosiobudaya dalam kalangan masyarakat Boyan di Semenyih, Selangor. Masyarakat Boyan yang menetap di sini merupakan generasi kedua selepas ibubapa mereka migrasi atas faktor mencari kehidupan baharu. Generasi kedua masyarakat Boyan telah mengalami pertembungan budaya masyarakat tempatan. Namun, masyarakat Boyan masih dapat mengekalkan sosiobudaya. Pemasalahan kajian ini mengenai bagaimana masyarakat Boyan dapat mengekalkan sosiobudaya yang mereka mewarisi. Objektif kajian ini adalah menjelaskan elemen-elemen sosiobudaya dalam kalangan masyarakat Boyan di Semenyih, Selangor. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Pendekatan ini amat sesuai dengan reka bentuk kajian yang bersifat etnografi. Pendekatan kualitatif menggunakan dua kaedah iaitu kajian lapangan dan kajian keperpustakaan. Kajian lapangan menggunakan beberapa teknik pemerhatian, pemerhatian ikut serta dan temu bual. Kajian keperpustakan pula menyokong dengan data bersifat sekunder. Kajian lapangan dijalankan di Taman Harmoni, Bandar Teknologi Kajang, Semenyih, Selangor. Temu bual dijalankan terhadap 5 informan dalam kalangan masyarakat Boyan secara temu bual separa struktur. Data kajian ini di saring dengan menggunakan teknik tematik untuk memperolehi data yang benar dan sesuai. Hasil dapatan kajian ini menyatakan tentang elemen-elemen sosiobudaya yang diamalkan oleh masyarakat Boyan di kawasan lapangan. Hasil kajian memperlihatkan masyarakat Boyan di Semenyih, Selangor masih mengekalkan sosiobudaya yang dibawa dari kampung halaman. Justeru itu, sumbangan kajian ini menerapkan keperluan masyarakat untuk mengekalkan sosiobudaya bagi etnik atau bangsa agar identiti dan budaya etnik tidak dilupakan dan dihapuskan oleh peredaran zaman moden.