Summary: | Isu semasa merupakan faktor penting yang perlu dijadikan bahan kempen oleh parti politik untuk
mendapat sokongan pengundi dalam sesuatu pilihan raya. Pilihan raya merupakan elemen penting
dalam menentukan tahap demokrasi sesebuah negara terutama bagi negara yang mengamalkan
sistem demokrasi seperti Malaysia. Oleh itu, adalah menjadi objektif penulisan artikel ini untuk
menganalisis pandangan terhadap isu semasa di kawasan DUN Bukit Permai, Kulai, Johor. Kajian
ini telah menggunakan beberapa kaedah seperti secara primer, sekunder dan penganalisisan data.
Bagi kaedah primer, kajian ini akan menggunakan soal selidik yang terdiri daripada soalan tertutup
untuk memudahkan proses menganalisis data menggunakan perisian Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS). Kajian ini juga akan menggunakan kaedah pemerhatian untuk mendapatkan
serta menyokong maklumat tambahan supaya dapat menyokong dapatan kajian. Kajian kepustakaan
dan kajian internet digunakan untuk mendapatkan bahan rujukan di perpustakaan dan internet iaitu
dari segi maklumat berkaitan dengan tajuk. Hasil kajian mendapati terdapat lima isu yang selalu
dibincangkan oleh penduduk setempat di kawasan kajian adalah isu pemulihan ekonomi/harga
barang/inflasi/kos sara hidup, isu masalah sosial, peluang pekerjaan, pendidikan dan isu
pembangunan setempat. Antara perkara yang dimahukan daripada kerajaan di kawasan kajian
adalah berkenaan infrastruktur dan kemudahan. Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan moratorium
pinjaman bank dapat membantu meringankan beban kos hidup golongan berpendapatan rendah dan
pertengahan. Sebagai kesimpulan, kajian ini adalah penting untuk menambah ilmu pengetahuan,
menambah data dan sumber rujukan berkaitan kajian politik pilihan raya dan dapat menjadi rujukan
untuk parti politik dan kerajaan supaya dapat memimpin negara dengan lebih baik.
|