Laras bahasa dalam ‘aplikasi Facebook Polis daerah Penampang’

Laras bahasa merupakan salah satu topik yang meluas difokus sebagai tajuk kajian dalam bidang linguistik kerana pelbagai aspek boleh disentuh yang melibatkan pelbagai data. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memaparkan laras bahasa yang digunakan dalam laman Facebook Polis Daerah Penampang, Sa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Putri Nur Hanissha Hasyim, Harishon Radzi
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19850/1/445-Article%20Text-625-1-10-20220704.pdf
Description
Summary:Laras bahasa merupakan salah satu topik yang meluas difokus sebagai tajuk kajian dalam bidang linguistik kerana pelbagai aspek boleh disentuh yang melibatkan pelbagai data. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memaparkan laras bahasa yang digunakan dalam laman Facebook Polis Daerah Penampang, Sabah, negeri di bawah Bayu. Kajian ini menggunakan pendekatan Ure & Ellis sebagai panduan untuk memastikan data yang dikumpul dapat dianalisis secara tepat dan sahih. Objektif kajian ini ialah i) mengenal pasti laras bahasa yang digunakan dalam laman Facebook Polis Daerah Penampang berdasarkan teori Ure & Ellis; ii) mengklasifikasikan ciri keperihal berdasarkan teori Ure &Ellis. Kaedah kajian melibatkan kajian teks iaitu mendapat data melalui posting-posting yang dimuat naik di laman Facebook Polis Daerah Penampang sebagai sumber data utama terutamanya berkaitan fenomena pandemik Covid-19. Hasil kajian mendapati bahawa laman Facebook Polis Daerah Penampang ini menggunakan laras biasa dan laras berita dalam menyampaikan maklumat-maklumat di setiap posting yang dilakukan. Kajian ini membuktikan wujudnya latar budaya masyarakat negeri Sabah kerana Penampang merupakan salah sebuah daerah di negeri Sabah.