Gaya bahasa dalam ucapan Menteri Keselamatan Negara Malaysia semasa pandemik COVID-19

Negara Malaysia yang dilanda wabak pandemik Covid-19 telah menimbulkan keresahan rakyat. Jadi, dalam menangani wabak ini pihak kerajaan telah menggunakan platform media siaran langsung yang diwakili oleh Menteri Keselamatan Negara (MKN) untuk menyampaikan maklumat sahih kepada rakyat. Sehubungan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nursabrina Yahya, Harishon Radzi
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19852/1/447-Article%20Text-629-1-10-20220704.pdf
Description
Summary:Negara Malaysia yang dilanda wabak pandemik Covid-19 telah menimbulkan keresahan rakyat. Jadi, dalam menangani wabak ini pihak kerajaan telah menggunakan platform media siaran langsung yang diwakili oleh Menteri Keselamatan Negara (MKN) untuk menyampaikan maklumat sahih kepada rakyat. Sehubungan dengan itu, penelitian kajian ini berfokus terhadap penggunaan gaya bahasa dalam ucapan Menteri Keselamatan Negara Malaysia semasa pandemik Covid-19. Objektif pertama kajian ini ialah mengklasifikasikan kekerapan penggunaan gaya bahasa dalam ucapan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Berikutnya, objektif kedua ialah untuk menghuraikan gaya bahasa yang digunakan dalam ucapan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengikut isu penting wabak pandemik Covid-19. Kaedah penelitian mendapatkan data menggunakan pendekatan deskriptif kualitatif yang kemudiannya dianalisis berdasarkan kerangka Gorys Keraf. Sumber data daripada Youtube telah ditranskripsi dalam bentuk teks. Hasil penelitian telah menemui dua jenis gaya bahasa yang digunakan termasuklah gaya bahasa yang kerap digunakan berdasarkan pilihan kata iaitu gaya rasmi dan gaya bahasa berdasarkan nada iaitu gaya sederhana serta mulia dan bertenaga. Ternyata penggunaan gaya bahasa tertentu Menteri Keselamatan Negara (MKN) sewaktu menyampaikan makluman Covid-19 dalam media siaran langsung telah mewujudkan ciri khas dalam dirinya. Selain itu, kajian ini dapat membuktikan bahawa gaya bahasa memainkan peranan tersendiri sebagai unsur penyerlahan menyampaikan maklumat berdasarkan konteks tertentu. Tambahan pula, pandemik Covid-19 merupakan satu wabak yang sangat berbahaya yang turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia.