Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik ‘Pengalaman Pembelajaran Berbantukan Rakan’ versi bahasa Melayu untuk pembelajaran teknik Lampu Celah Biomikroskopi
Pembelajaran Berbantukan Rakan (PBR) merupakan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar dan memerlukan soal selidik yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk mengetahui keberkesanan kaedah tersebut. Soal selidik yang sedia ada untuk mengukur keberkesanan PBR adalah dalam Bahasa...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20025/1/admin_personalia%2C%2BArtikel-13_MIZHANIM.pdf |
Summary: | Pembelajaran Berbantukan Rakan (PBR) merupakan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar dan memerlukan
soal selidik yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk mengetahui keberkesanan kaedah
tersebut. Soal selidik yang sedia ada untuk mengukur keberkesanan PBR adalah dalam Bahasa Inggeris dan
untuk bidang Kejururawatan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan
soal selidik ‘Pengalaman Pembelajaran Berbantukan Rakan’ bagi teknik Lampu Celah Biomikroskopi versi
Bahasa Melayu. Soal selidik Peer Teaching Experience Questionnaire (PTEQ) dan Clinical Teaching Preference
Questionnaire (CTPQ) dalam Bahasa Inggeris diterjemahkan ke versi Bahasa Melayu menggunakan kaedah
penterjemahan forward-backward dan sesi pengharmonian. Soal selidik tersebut disahkan oleh pakar bahasa
sebelum digunakan. Kajian dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik ini pada subjek
kajian yang pernah terlibat dalam sesi PBR bagi teknik Lampu Celah Biomikroskopi iaitu pelajar Tahun 3 dan
Tahun 4 Program Optometri, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajian menunjukkan soal selidik mempunyai
nilai Alpha Cronbach yang tinggi iaitu 0.86 (PTEQ) dan 0.87 (CTPQ) versi Bahasa Melayu. Kedua-dua soal
selidik mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi serta mempunyai kepelbagaian dimensi untuk
diguna pakai bagi menguji keberkesanan kaedah pembelajaran PBR. Soal selidik versi baharu yang dihasilkan
adalah setara dengan versi asal iaitu Bahasa Inggeris dan sah digunapakai. Penterjemahan soal selidik PTEQ
dan CTPQ ke versi Bahasa Melayu telah menghasilkan peralatan baharu yang mempunyai ciri psikometri untuk
mengukur keberkesanan kaedah pembelajaran PBR pada masa akan datang yang menepati konteks dan norma di
Malaysia. |
---|