Persepsi pelajar FEP terhadap perkhidmatan bas UKM

Kewujudan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menuju ke arah pembelajaran di luar kelas telah mengubah corak penggunaan pengangkutan oleh pelajar. Keperluan pelajar dalam memenuhi tuntutan aktiviti kokurikulum, kuliah di samping aktiviti berdasarkan penilaian bukan peperiksaan telah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Nuur Wan Mansor, Norain Mod Asri, Norshamliza Chamhuri
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20030/1/admin_personalia%2C%2BArtikel-18_WAN-NUUR.pdf
Description
Summary:Kewujudan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menuju ke arah pembelajaran di luar kelas telah mengubah corak penggunaan pengangkutan oleh pelajar. Keperluan pelajar dalam memenuhi tuntutan aktiviti kokurikulum, kuliah di samping aktiviti berdasarkan penilaian bukan peperiksaan telah membawa kepada permintaan tinggi terhadap pengangkutan awam yang lebih fleksibel dan efisien. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar menggunakan pengangkutan bas yang disediakan oleh pihak universiti. Kajian ini melibatkan 150 orang responden yang terdiri daripada pelajar prasiswazah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Pengumpulan data dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik berbentuk soalan tertutup dan skala Likert. Hasil kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) secara deskriptif dan faktor analisis. Dapatan kajian menggunakan kaedah faktor analisis mendapati empat (4) komponen faktor penting yang mempengaruhi permintaan pelajar iaitu “kualiti perkhidmatan”,“kepuasan dan positif”, “sukar diharapkan” (unreliable) dan “ride-hailing”.