Pemilihan bahasa dalam masyarakat Semai di Hulu Selangor

Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia dapat dibahagiakan kepada tiga kelompok besar, iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli yang juga disebut sebagai Melayu-Proto. Makalah ini membincangkan pemilihan dan penggunaan bahasa dalam masyarakat Semai di kawasan Hulu Selangor, iaitu di Kampung Seriga...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Aisah Zailani, Riduan Makhtar, Mohd Sharifudin Yusop
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20144/1/36294-114471-1-SM.pdf
Description
Summary:Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia dapat dibahagiakan kepada tiga kelompok besar, iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli yang juga disebut sebagai Melayu-Proto. Makalah ini membincangkan pemilihan dan penggunaan bahasa dalam masyarakat Semai di kawasan Hulu Selangor, iaitu di Kampung Serigala dan Kampung Changkat Bintang. Kajian lapangan telah dimanfaatkan dalam memperoleh data primer di kedua-dua kawasan kajian. Informan terdiri daripada penutur natif bahasa Semai yang menetap di kedua-dua buah perkampungan Orang Asli tersebut dan juga mereka yang mempunyai hubungan erat dengan masyarakat tersebut. Pendekatan kualitatif dan kuantitatif dimanfaatkan bagi mengungkapkan tingkah laku bahasa masyarakat bahasa Semai dengan menggunakan kaedah soal selidik, rakaman dan pemerhatian turut serta. Seramai 175 orang responden dipilih secara rawak bagi mewakili Kampung Orang Asli Serigala dan Kampung Orang Asli Changkat Bintang bagi menjawab borang soal selidik. Penerapan Teori Domain Fishman (1972) dijadikan kayu ukur dalam menganalisis pemilihan dan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat Semai. Hasil dapatan menunjukkan penduduk Orang Asli masih lagi meletakkan bahasa Semai sebagai wahana utama ketika berkomunikasi di sesaka mereka khususnya dalam mandala kekeluargaan.