Profil protein sekretom sel stem pulpa gigi manusia semasa aruhan asid askorbik

Pembezaan sel stem secara in vitro kepada osteoblas secara umumnya melibatkan gabungan aruhan asid askorbik dan β-gliserofosfat. Namun, β-gliserofosfat didapati menyebabkan penurunan keviabelan sel. Maka, kajian ini adalah untuk menentukan potensi asid askorbik tanpa kehadiran β-gliserofosfat dalam...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shahrul Hisham Zainal Ariffin, Thanaletchumi Manogaran, Rohaya Megat Abdul Wahab, Saiful Anuar Karsani, Intan Zarina Zainol Abidin, Farinawati Yazid, Muhammad Dain Yazid, Zaidah Zainal Ariffin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20246/1/19.pdf
Description
Summary:Pembezaan sel stem secara in vitro kepada osteoblas secara umumnya melibatkan gabungan aruhan asid askorbik dan β-gliserofosfat. Namun, β-gliserofosfat didapati menyebabkan penurunan keviabelan sel. Maka, kajian ini adalah untuk menentukan potensi asid askorbik tanpa kehadiran β-gliserofosfat dalam mengaruh pembezaan osteoblas serta mengenal pasti perubahan keamatan pengekspresan sekretom bagi protein osteoblas. Sel stem pulpa gigi kekal (DPSC) yang dipencilkan; diaruh dengan 10 μg/mL asid askorbik selama 21 hari. Pengekspresan gen osteoblas pada hari ke-7 dan 21 ditentukan melalui transkripsi berbalik-tindak balas rantaian polimerase (RT-PCR). Selepas 21 hari aruhan, sel dieram dengan medium basal tanpa serum selama 12 jam dan dianalisis melalui pendekatan kromatografi cecair-spektrometri jisim/spektrometri jisim (LC-MS/MS). Kehadiran protein sekretom pada kedua-dua aruhan asid askorbik dan kawalan positif (gabungan asid askorbik + β-gliserofosfat) digunakan untuk menentukan proses biologi yang terlibat. Seterusnya, protein yang terlibat dalam pembezaan osteoblas serta mengalami perubahan terhadap keamatan pengekspresannya ditentukan melalui analisis UniProt dan PANTHER. Hubung kait antara protein sekretom ini ditentukan menggunakan STRING bagi penentuan tapak jalan pembezaan DPSC kepada osteoblas. Hasilnya, gen BSP didapati diekspreskan semasa perlakuan asid askorbik serta sebanyak 57 protein sekretom dikenal pasti terlibat semasa aruhan asid askorbik dan kawalan, dengan hanya tiga protein didapati berkaitan dengan pembezaan osteoblas serta mengalami perubahan keamatan pengekspresan melalui penggunaan UniProt dan PANTHER. Seterusnya, analisis menggunakan STRING mendapati hanya dua sekretom bagi DPSC dikenal pasti melibatkan tiga tapak jalan. Kesimpulannya, asid askorbik sahaja walaupun tanpa β-gliserofosfat berupaya mengaruh pengekspresan protein sekretom yang berkaitan dengan osteoblas. Inhibin beta rantai A dan fibrilin-2 dicadangkan sebagai penanda sekretom semasa pembezaan DPSC kepada osteoblas.