Gaya kepimpinan guru besar dan efikasi guru di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan guru besar dan tahap efikasi guru di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan. Gaya kepimpinan guru besar terdiri daripada gaya kepimpinan autokratik, demokratik, laissez-faire, insruksional dan transformasional. Efikasi adala...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rosnah Abdullah, Mohamad Yusoff Mohd Nor, Azlin Norhaini Mansor
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20277/1/81-Article%20Text-118-1-10-20180501.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan guru besar dan tahap efikasi guru di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan. Gaya kepimpinan guru besar terdiri daripada gaya kepimpinan autokratik, demokratik, laissez-faire, insruksional dan transformasional. Efikasi adalah suatu tahap kepuasan seseorang dalam member komitmen dalam pekerjaan yang dilakukan. Seramai 34 orang guru yang dipilih secara rawak menjadi sampel kajian ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan melibatkan kaedah tinjauan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan gaya kepimpinan instruksional merupakan gaya kepimpinan yang paling kerap diamalkan ( M= 3.46, S.P =0.34 ). Tahap efikasi guru pula berada pada tahap tinggi (Min=3.56, S.P=0.582). Analisis korelasi Pearson menunjukkan hanya gaya kepimpinan instruksional mempunyai hubungan sederhana dengan tahap efikasi guru. Manakala gaya kepimpinan Laissez-faire, demokratik dan transformasional mempunyai hubungan yang lemah dengan tahap efikasi guru dan gaya kepimpinan autokratik mempunyai hubungan yang sangat lemah dengan tahap efikasi guru. Kajian ini diharap dapat membantu para guru besar mengaplikasikan gaya kepimpinan yang bersesuaian bagi membantu membina efikasi guru-guru di bawah pimpinannya.