Dasar wawasan negara dan prospek pembangunan petani kecil Melayu (The Malaysian national vision policy and the advancement prospects of the Malay small-scale farmers)

Sejarah pasca merdeka Malaysia menunjukkan bahawa pembangunan petani kecil Melayu adalah matlamat yang masih elusif. Ianya merupakan fenomena pasang surut selaras dengan naik turun martabat sektor pertanian itu sendiri. Semasa zaman Tun Razak (1957 – 1976) pembangunan petani kecil Melayu berjalan la...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Amriah Buang, Ratnawati Yuni Suryandari
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2030/1/7.2011-2-amriah%26ratna-melayu_-_4.pdf
Description
Summary:Sejarah pasca merdeka Malaysia menunjukkan bahawa pembangunan petani kecil Melayu adalah matlamat yang masih elusif. Ianya merupakan fenomena pasang surut selaras dengan naik turun martabat sektor pertanian itu sendiri. Semasa zaman Tun Razak (1957 – 1976) pembangunan petani kecil Melayu berjalan lancar. Semaza zaman Tun Mahathir (1991-2000) ianya merudum. Kemudian ekoran Krisis Ekonomi 1997 dan mulai 2003 Dasar Wawasan Negara (DWN) yang juga mencakupi Dasar Pertanian Negara ke-3 (DPN 3) menempatkan semula sektor pertanian sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara, dan dengan itu mencerahkan semula prospek pembangunan petani kecil Melayu. Kertas ini bertujuan membicarakan prospek pembangunan petani kecil Melayu dalam fasa DWN, khususnya dalam konteks perlaksanaan dua program berimpak tinggi iaitu Pelan Tindakan Imbangan Perdagangan (BOT) dan Pertanian Kontrak di mana pembangunan agro-makanan yang merupakan niche petani kecil Melayu menjadi agenda utama dan menjanjikan lonjakan taraf petani kecil kepada usahawan global. Hasil penelitian mendapati bahawa prestasi BOT dan Pertanian Kontrak setakat ini tidaklah begitu memberangsangkan . Dengan kata lain prospek memajukan petani kecil Melayu masih meragukan. Punca utama ialah lemahnya kemampuan petani kecil Melayu dalam pemasaran tani. Kesimpulannya, sejauhmana prospek pembangunan petani kecil Melayu dapat dicerahkan selanjutnya adalah bergantung kepada kesanggupan negara bergigih mendidik budaya pengurusan pemasaran kepada petani kecil Melayu