Meneroka cabaran keusahawanan dalam kalangan warga emas daripada perspektif persekitaran dan sokongan sosial : kajian kes di Mukim Beranang, Selangor

Peningkatan jangka hayat populasi warga emas di Malaysia semakin meruncing ianya seiring dengan peningkatan kos pembiayaan penjagaan dan perubatan juga meningkat dengan mendadak. Manakala isu persekitaran dan sokongan sosial untuk warga emas juga semakin kurang diberi perhatian oleh anak-anak...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hameeza Mahamud Pauzi, Faizatul Adha Zainal Abidin, Khadijah Alavi
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20363/1/161-Article%20Text-245-1-10-20191012.pdf
Description
Summary:Peningkatan jangka hayat populasi warga emas di Malaysia semakin meruncing ianya seiring dengan peningkatan kos pembiayaan penjagaan dan perubatan juga meningkat dengan mendadak. Manakala isu persekitaran dan sokongan sosial untuk warga emas juga semakin kurang diberi perhatian oleh anak-anak dan komuniti setempat. Justeru, aktiviti keusahawanan sosial dapat membantu mengisi masa lapang, mengasah kreativiti, meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kesunyian dalam kalangan warga emas. Tujuan utama kajian ini ialah meneroka cabaran keusahawanan dalam kalangan warga emas daripada aspek persekitaran dan sokongan sosial dalam kalangan komuniti. Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan kajian kes terhadap 7 responden telah dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan yang dijalankan secara temu bual bersemuka. Protokol kajian yang digunakan dalam kajian ini berbentuk garis panduan soalan separa berstrukur yang dibina berpandukan sorotan literatur dan kajian lepas. Responden telah ditemu bual secara bersemuka dan semua data yang direkodkan telah ditranskrip untuk analisis data secara tematik. Hasil kajian mendapati bahawa warga emas mempunyai kemahiran penyediaan makanan, kraf tangan dan sebagainya. Persekitaran dan sokongan sosial dalam komuniti amat membantu bagi meneruskan tradisi dalam kalangan komuniti tersebut. Penglibatan belia dalam komuniti memberi sokongan sosial kepada warga emas untuk mengembangkan perniagaan bagi meningkatkan ekonomi keluarga. Implikasi kajian ini ialah pekerja sosial sebagai pemangkin bagi menjalinkan hubungan antara warga emas dan belia komuniti setempat dalam meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga dan mengekalkan tradisi latihan kemahiran keusahawanan dalam kalangan masyarakat setempat.