Summary: | Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah bertujuan untuk menyingkap fenonema
penggunaan bahasa slanga yang menjadi “trend” pada zaman kini. Oleh itu itu pengkaji telah
menjalankan penyelidikan terhadap penggunaan bahasa slanga yang turut diujarkan dalam
kalangan golongan remaja di luar bandar khususnya di kawasan FELDA. Kajian ini dilakukan
untuk mengetahui tentang bentuk-bentuk bahasa slanga yang sering digunakan oleh remaja
Felda, mengenal pasti kekerapan penggunaan bahasa slanga dalam aspek komunikasi mereka.
Pengkaji juga ingin mengetahui legih terperinci mengenai faktor remaja lebih bersikap untuk
cenderung menggunakan bahasa slanga tersebut dan menilai kesan yang timbul daripada
fenomena penggunaan bahasa slanga yang semakin berleluasa. Menerusi kajian ini, pengkaji
telah memilih subjek yang terdiri daripada golongan remaja FELDA yang berlainan gender,
latar belakang dan umur. Pengkaji turut mengehadkan kawasan kajian kepada empat buah
FELDA yang saling berkelompok. Dalam penyelidikan ini, pengkaji telah menggunakan kaedah
penyelidikan campuran iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Pengkaji telah menggunakan
pendekatan borang soal selidik untuk diedarkan kepada 35 orang remaja berserta pemerhatian
dan temu bual. Menerusi dapatan kajian, pengakaji telah menemui pelbagai kosa kata slanga
yang kerap digunakan oleh remaja FELDA. Terdapat faktor yang menyebabkan bahasa slanga
tersebar luas dan terdapat kesan sampingan daripada penggunaannya yang boleh menjejaskan
Bahasa Melayu.
|