Summary: | Artikel ini mengenai pengekalan budaya Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu di
Kampung Padang Balang, Gombak. Kampung Padang Balang bersempadanan dengan Kuala
Lumpur yang merupakan pusat ekonomi, pentadbiran dan sosial. Masyarakat di kampung ini
sering mengalami pelbagai cabaran dalam usaha untuk mengekalkan budaya mereka.
Pemasalahan kajian ini mengenai bagaimana usaha pihak masyarakat di Kampung Padang
Balang untuk mengekalkan budaya Melayu daripada pengaruh luar. Objektif kajian ini adalah
menganalisis mengenai usaha-usaha masyarakat ini untuk mengekalkan budaya Melayu
dalam kehidupan seharian. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian ini
terdiri daripada dua kaedah iaitu kajian lapangan dan kajian keperpustakaan. Kajian lapangan
dilakukan di Kampung Padang Balang dengan menggunakan teknik pemerhatian pasif,
pemerhatian ikut serta dan tembu bual. Kaedah temu bual menggunakan teknik temu bual
separa struktur dan temu bual fokus berkumpulan terhadap penduduk kampung yang
berautoriti untuk memperolehi data. Begitu juga, kajian ini turut disokong dengan data
sekunder yang diperolehi melalui kajian keperpustakaan. Kajian ini menggunakan teknik
analisis tematik dalam usaha menyaringkan dan memperolehi data yang diperlukan. Hasil
dapatan baharu mendapati penduduk masyarakat Melayu di Kampung Padang Balang dapat
mempertahan budaya Melayu yang mereka warisi walaupun berlaku perubahan masa,
kemodenan dan teknologi di sekeliling. Oleh itu, hasil kajian jelas menunjukkan usaha-usaha
yang dilakukan oleh masyarakat Melayu di Kampung Padang Balang dapat mempertahankan
dan mengekalkan budaya Melayu dalam masyarakat mereka. Justeru itu, kajian ini telah
memberi satu sumbangan yang amat bermakna kepada masyarakat dan komuniti dalam usaha
masyarakat setempat untuk mengekalkan budaya yang mereka warisi dan amal serta
penambah baikan perkembangan kosa ilmu pengetahuan dalam bidang Pengajian Melayu
amnya budaya Melayu.
|