Kesan penggunaan gajet kepada perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak prasekolah

Gajet merupakan alat peranti dalam pelbagai bentuk. Tablet dan telefon pintar merupakan jenis gadget yang sering digunakan. Penggunaan tablet semakin menular di Malaysia khususnya bagi tujuan mendidik anak ataupun menenangkan anak-anak kecil. Kanak-kanak memperuntukkan purata masa yang berbeza...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shima Dyana Mohd Fazree, Siti Marziah Zakaria
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20444/1/195-Article%20Text-283-1-10-20191014.pdf
Description
Summary:Gajet merupakan alat peranti dalam pelbagai bentuk. Tablet dan telefon pintar merupakan jenis gadget yang sering digunakan. Penggunaan tablet semakin menular di Malaysia khususnya bagi tujuan mendidik anak ataupun menenangkan anak-anak kecil. Kanak-kanak memperuntukkan purata masa yang berbeza kepada alat gajet seperti telefon, radio, TV, permainan tablet, Xbox, iPod dan sistem stereo. Pada zaman ini, ibu bapa lebih menggunakan gajet dan aplikasi dalam gajet untuk mengajar anak-anak. Hal ini akan menyebabkan anak-anak menjadi ketagih kepada penggunaan gajet. Perkara ini akan memberikan kesan kepada kesihatan anak-anak sekaligus menyebabkan perkembangan sosial kanak-kanak terbantut. Kertas konsep ini akan mengulas kesan penggunaan gajet kepada perkembangan sosial dan kognitif kanak-kanak. Hasil sorotan mendapati bahawa penggunaan gadget memberi kesan yang buruk kepada kesihatan kanak-kanan serta perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak. Justeru, ibu bapa perlu memantau penggunaan gadget dan tidak mendedahkannya dalam usia yang awal. Penggunaan pada jangka masa yang lama boleh menjejaskan perkembangan bahasa, kemahiran membaca, memori, dan tumpuan. Penggunaan tanpa kawalan juga akan merosakkan hubungan kekeluargaan dan sosial serta boleh membawa kepada penyakit-penyakit fizikal mahu pun mental.