Summary: | Pembangunan model kesediaan pelaksanaan teknologi maklumat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah
diperlukan bagi mengenal pasti status penggunaan TM di kalangan syarikat PKS terutamanya di Malaysia ke arah
revolusi industri 4.0. Kajian ini juga mengkaji halangan-halangan semasa melaksanakan TM di kalangan PKS. Kajian
literatur dan empirik mendapati sepuluh faktor kritikal kejayaan PKS dalam pelaksanaan TM iaitu pengurusan, staf,
perancangan teknologi maklumat, sumber luar/kewangan, konsultan, vendor, budaya organisasi, pengurusan hubungan
dan perubahan, juara TM dan faktor persepsi dan sikap. Model Kesediaan Pelaksanaan Teknologi Maklumat (atau Model
mRIME) mengandungi tiga komponen utama iaitu faktor kejayaan, kaedah penilaian dan indeks tahap kesediaan. Dua
kajian kes telah dijalankan melibatkan industri untuk menilai penggunaan dan keberkesanan model cadangan ini dan
hasil kajian kes menunjukkan bahawa keputusan penilaian model ini adalah bersesuaian, praktikal dan tepat. Model
mRIME dapat membantu PKS menggunakan kaedah yang jelas untuk mengukur tahap kesediaan dalam melaksanakan
TM di samping memberi justifikasi ke atas pembiayaannya kelak serta memastikan PKS bersedia dan tidak ketinggalan
dalam era perniagaan baru Revolusi Industri 4.0.
|