Summary: | Dalam proses pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak sering melakukan kesalahan bunyi
semasa bertutur. Kajian ini dijalankan untuk melihat kesalahan bunyi bahasa kanak-kanak.
Untuk tujuan ini, seramai sepuluh orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan tiga
hingga lima tahun telah diperhatikan percakapan mereka melalui aktiviti seperti bermain dan
bercakap bersama rakan. Kanak-kanak ini juga diminta menyebut nama haiwan pada gambar
yang ditunjukkan. Data menunjukkan bahawa fenomena fonologi penggantian dan
pengguguran konsonan berlaku ke atas sebutan kanak-kanak ini. Hasil analisis menunjukkan
kanak-kanak ini paling sukar menghasilkan bunyi /r/ dan /s/ kerana kedua-dua konsonan telah
digantikan masing-masing dengan konsonan [ɣ], [w] atau [l] dan [ʃ] atau [ʧ]. Selain itu, bunyi
konsonan sengau /m/, /n/ dan [] digugurkan terus kerana sukar bagi kanak-kanak ini untuk
menghasilkan bunyi tersebut. Kesimpulannya, kanak-kanak pada lingkungan usia ini
berpotensi melakukan kesalahan beberapa bunyi ketika bercakap. Dalam kajian ini, kesalahan
bunyi sesuatu konsonan itu telah sama ada digantikan dengan satu konsonan lain atau pun
digugurkan sahaja konsonan tersebut.
|