Summary: | Makalah ini memaparkan hasil penelitian terhadap dialek Kelantan tua yang dikenali sebagai
dialek Sungai Nenggiri, Hulu Kelantan (DSN). Objektif utama penulisan adalah mengenal
pasti dan menghuraikan bentuk penyebaran segemental konsonan dan vokal yang terdapat di
Sungai Nenggiri yang dikatakan menjadi penempatan asal bagi daerah Gua Musang,
Kelantan suatu ketika dahulu. Justeru, kajian ini berfokus kepada aspek pendeskripsian
fonem segmental yang mendasari sistem fonologi Sungai Nenggiri. Ianya meliputi
pemaparan penyebaran bunyi konsonan dan vokal pada posisi awal, tengah, dan akhir kata.
Pendekatan struktural dimanfaatkan sepenuhnya dalam mencapai objektif kajian ini. Kaedah
kajian lapangan huluan telah digunakan dalam memperoleh data asli di kawasan kajian.
Informan kajian terdiri daripada tiga orang penduduk kampung Sungai Nenggiri (di kawasan
Hulu Sungai Kelantan) yang merupakan penutur natif dialek Kelantan. Data dikumpulkan
menerusi teknik temu bual, rakaman, dan pemerhatian. Hasil analisis yang telah dilakukan,
menunjukkan bahawa dialek Kelantan varian Sungai Nenggiri (DSN) mempunyai 18
konsonan dan 8 vokal. Perbezaan inventori segmen varian Sungai Nenggiri berbanding
dengan varian dialek Kelantan di kawasan lain menyerlahkan varian ini boleh dikatakan
sebagai dialek Kelantan tua yang mempunyai keunikann yang tidak terdapat pada dialek
Kelantan di kawasan lain di negeri Kelantan.
|