Pengetahuan dan kemahiran penyelidikan dalam meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru : perspektif guru siswazah

Pembudayaan penyelidikan di sekolah serta pembangunan kompetensi guru sebagai penyelidik mula mendapat perhatian di peringkat global. Pengetahuan dan kemahiran penyelidikan dilihat berpotensi dalam membangunkan kemahiran saintifik yang berupaya membantu para guru memperbaiki dan meningkatkan kua...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Faridah Mydin Kutty
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20810/1/59113-196295-1-PB.pdf
Description
Summary:Pembudayaan penyelidikan di sekolah serta pembangunan kompetensi guru sebagai penyelidik mula mendapat perhatian di peringkat global. Pengetahuan dan kemahiran penyelidikan dilihat berpotensi dalam membangunkan kemahiran saintifik yang berupaya membantu para guru memperbaiki dan meningkatkan kualiti amalan PdP di sekolah. Namun, kajian yang meneroka kesan pengalaman mempelajari dan menjalankan penyelidikan ke atas pembangunan kendiri dan amalan profesionalisme guru dalam konteks Malaysia masih terhad. Oleh itu kajian kualitatif berbentuk penerokaan ini bertujuan meneroka persepsi guru yang mengikuti program pengajian sarjana pendidikan, khususnya pengetahuan dan kemahiran penyelidikan yang diperolehi ke atas kompetensi kendiri dan amalan professional. Sejumlah 21 peserta kajian yang terdiri daripada guru yang telah menamatkan pengajian di peringkat sarjana pendidikan telah dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data dikumpul menggunakan kaedah temubual separa berstruktur secara atas talian melalui aplikasi zoom. Data telah dianalisis secara tematik. Hasil kajian membuktikan pendidikan sarjana memberikan kesan ke atas pembangunan kompetensi kendiri guru dari aspek pemerkasaan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan, pengetahuan dalam bidang, kematangan berfikir, serta meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri. Manakala kesan ke atas amalan profesionalisme guru boleh dilihat dari aspek pembudayaan penyelidikan, kemahiran refleksi dan amalan pembelajaran berterusan. Justeru, tren amalan pembelajaran berterusan yang positif dalam kalangan guru perlu digalakan kerana ia membantu secara tidak langsung dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. Berdasarkan impak ini dicadangkan universiti sentiasa mengemaskini kandungan program yang ditawarkan agar selari dengan keperluan semasa sektor pendidikan sekolah.