Summary: | Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka pengalaman pelajar tahun akhir jurusan teknikal di Fakulti
Sains dan Teknologi (FST) yang perlu menjalani pembelajaran secara dalam talian hampir
sepenuhnya. Sepanjang penyebaran wabak COVID-19 melanda di negara kita, rakyat terpaksa
menempuhi kehidupan dengan norma yang baharu. Keseluruhan pelajar jurusan teknikal tersebut
terpaksa melalui pembelajaran secara dalam talian termasuk penggunaan makmal` yang memerlukan
pembelajaran dijalankan secara fizikal. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan
mengaplikasikan reka bentuk fenomenologi dan data yang diperolehi telah dianalisis dengan
menggunakan tematik analisis. Kajian ini telah melibatkan lapan mahasiswa tahun akhir jurusan
teknikal Fakulti Sains dan Teknologi (FST) di Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kampus
Bangi. Kajian ini juga turut dijalankan secara temubual dalam talian dengan menggunakan aplikasi
Whatsapp. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka cabaran yang dihadapi oleh pelajar jurusan
teknikal tahun akhir dan telah menghasilkan sebanyak lapan tema utama iaitu tempat belajar yang
tidak kondusif, tekanan dalam menghadapi projek tahun akhir, penggunaan makmal yang terhad, masalah keperluan utama laptop dan internet yang terbatas, sukar mengadaptasi penggunaan
peralatan makmal, sukar mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan dan pensyarah, kurang
kesediaan mental dan fizikal dalam menghadapi norma baharu serta kurang motivasi dan sokong
sosial. Kajian ini memberi intervensi dalam membangunkan sistem sokongan dalam pembentukan
peribadi pelajar menyesuaikan diri terhadap norma baharu. Oleh itu, kajian ini terhasil diharapkan
dapat menjadi panduan serta rujukan kepada pihak berkepentingan dalam memperkasakan
pengurusan pembelajaran dalam talian yang yang lebih jelas dan teratur.
|