Gaya hidup belia bandar : berjimat, bergaya atau kelangsungan hidup

Aktiviti berbelanja di bandar menjadi semakin mencabar kerana kos sara hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan pilihan gaya hidup mengikut kemampuan dan kehendak setiap individu. Keadaan ini seterusnya membuatkan belia di bandar perlu memilih sama...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norshuhada Bukhari, Zaimah Ramli, Sarmila Md Sum, Mohd Yusof Hussain
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21065/1/Gaya%20Hidup%20Belia%20Bandar%20Berjimat%2C%20Bergaya%20atau%20Kelangsungan%20Hidup.pdf
Description
Summary:Aktiviti berbelanja di bandar menjadi semakin mencabar kerana kos sara hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan pilihan gaya hidup mengikut kemampuan dan kehendak setiap individu. Keadaan ini seterusnya membuatkan belia di bandar perlu memilih sama ada hendak menjalani gaya hidup berjimat, bergaya atau sekadar kelangsungan hidup. Objektif utama kajian adalah mengenalpasti gaya hidup belia bandar. Selain itu, kajian juga menganalisis perbandingan gaya hidup belia bandar dengan beberapa demografi terpilih. Gaya hidup dalam kajian ini dikelaskan kepada tiga kategori, iaitu berjimat, bergaya dan kelangsungan hidup. Pendekatan kuantitatif diaplikasikan dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Sampel kajian adalah golongan belia yang menetap di bandar Kajang yang berumur 18 hingga 40 tahun. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen pengutipan data. Kajian berjaya mendapatkan seramai 131 belia sebagai responden. Analisis data secara deskriptif digunakan bagi menjelaskan keseluruhan hasil kajian. Hasil kajian mendapati bahawa belia bandar lebih mementingkan gaya hidup berjimat dan kelangsungan hidup berbanding gaya hidup bergaya yang mengikut trend semasa. Hal ini menunjukkan belia bandar mempunyai kesedaran dalam menguruskan kewangan mengikut tahap pendapatan dan kemampuan mereka. Hasil kajian turut mendapati terdapat perbezaan gaya hidup belia bandar berbanding gender, umur, status perkahwinan dan tahap pendapatan. Implikasi kajian menyarankan agar belia bandar mengamalkan dan mengekalkan gaya hidup berjimat demi kelangsungan hidup dan kesejahteraan dalam tempoh jangka masa panjang.