Pembangunan prototaip sistem gelung tertutup pacuan motor segerak magnet kekal

Motor segerak magnet kekal (PMSM) digunakan secara meluas untuk aplikasi kuasa rendah dan sederhana serta dalam pacuan berprestasi tinggi. Motor ini digemari berbanding motor berus and sedikit demi sedikit menggantikan motor induksi dalam pelbagai bidang aplikasi kerana kelebihannya. Ramai penyelidi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fardila Mohd Zaihidee, Marizan Mubin, Hang, Seng Chec, Tang, Jing Rui
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21427/7/JKSI_9.pdf
Description
Summary:Motor segerak magnet kekal (PMSM) digunakan secara meluas untuk aplikasi kuasa rendah dan sederhana serta dalam pacuan berprestasi tinggi. Motor ini digemari berbanding motor berus and sedikit demi sedikit menggantikan motor induksi dalam pelbagai bidang aplikasi kerana kelebihannya. Ramai penyelidik mencadangkan kaedah-kaedah kawalan baru bagi sistem pacuan PMSM. Namun begitu, sistem PMSM tidak linear dan mengandungi parameter-parameter yang berubah mengikut masa. Atas faktor ini, penyelidik tidak boleh hanya bergantung kepada keputusan simulasi untuk membuktikan kelebihan kawalan yang dicadangkan. Untuk mengesahkan keputusan yang diperolehi melalui simulasi, pengesahan eksperimen diperlukan, di mana prototaip sistem gelung tertutup pacuan PMSM perlu dibangunkan. Artikel ini menerangkan pembangunan sistem pacuan PMSM dengan maklum balas arus, halaju dan kedudukan gelung tertutup menggunakan papan kawalan dSpace DS1104 bagi sebuah PMSM 1.93kW tiga fasa dakap dalaman yang digunakan untuk pengesahan eksperimen bagi kawalan halaju kawalan mod gelongsor tertib pecahan yang dicadangkan. Dengan menggunakan prototaip ini, prestasi sebarang kaedah kawalan yang dicadangkan boleh disahkan dalam aplikasi sebenar. Prosedur perolehan yang bersesuaian bagi isyarat maklum balas seperti yang diterangkan dalam artikel ini adalah penting untuk memastikan ketepatan prestasi sistem gelung tertutup yang dibangunkan.