Aliran mantap MHD dalam nanobendalir hibrid merentasi plat bergerak dengan analisis regresi

Aliran mantap dan pemindahan haba dua matra merentasi plat bergerak dalam nanobendalir hibrid dengan kesan medan magnet, gelinciran dan radiasi terma dikaji. Persamaan keselanjaran, momentum dan tenaga bagi permasalahan ini dijelmakan kepada persamaan keserupaan dengan menggunakan penjelmaan keserup...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Izamarlina Asshaari, Firdaus Hamzah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21447/1/JKSI_17.pdf
Description
Summary:Aliran mantap dan pemindahan haba dua matra merentasi plat bergerak dalam nanobendalir hibrid dengan kesan medan magnet, gelinciran dan radiasi terma dikaji. Persamaan keselanjaran, momentum dan tenaga bagi permasalahan ini dijelmakan kepada persamaan keserupaan dengan menggunakan penjelmaan keserupaan. Seterusnya, persamaan keserupaan ini diselesaikan secara berangka menggunakan fungsi bvp4c dalam perisian MATLAB. Kesan beberapa parameter terhadap pekali geseran kulit dan nombor Nusselt setempat dibentangkan dan dibincangkan. Keputusan menunjukkan bahawa penyelesaian dual wujud bagi julat tertentu untuk parameter pecahan isi padu nanozarah. Didapati juga kadar pemindahan haba meningkat dengan peningkatan parameter kesan medan magnet. Analisis regresi juga dijalankan untuk menganggarkan nilai nombor Nusselt setempat .