Mitos Angkapio medium interaksi antara alam dan manusia menurut kepercayaan Murut Paluan

Interaksi antara alam dan manusia adalah unik dan rumit. Kelakuan dan bunyi merupakan dua isyarat yang kompleks yang dapat ditafsir oleh kearifan sesebuah masyarkat. Dalam masyarakat Murut Paluan khususnya, mitos angkapio memaparkan kepercayaan terhadap hubungan manusia dengan alam. Makalah ini memb...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jacquelina Karimon, Alezender, Steven
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21503/1/Mitos%20Angkapio%20Medium%20Interaksi%20Antara%20Alam%20dan%20Manusia.pdf
Description
Summary:Interaksi antara alam dan manusia adalah unik dan rumit. Kelakuan dan bunyi merupakan dua isyarat yang kompleks yang dapat ditafsir oleh kearifan sesebuah masyarkat. Dalam masyarakat Murut Paluan khususnya, mitos angkapio memaparkan kepercayaan terhadap hubungan manusia dengan alam. Makalah ini membincangkan mengenai persekitaran alam yang berinteraksi dengan manusia dan menerangkan tentang kejadian yang telah berlaku dan bakal berlaku. Maklumat mengenai peristiwa sedih dan gembira yang bakal dihadapi hanya difahami oleh kelompok yang ahli dalam mentafsirnya. Perkhabaran mengenai maklumat yang disampaikan secara visual dan bunyi membuatkan masyarakat Murut Paluan lebih bersedia menghadapi peristiwa buruk yang akan menimpa mereka. Interaksi alam kepada manusia berperanan penting dalam mengimbangi perlakuan mereka agar tidak melanggar hukum alam. Oleh itu, manusia akan lebih berhati-hati agar dapat menerima interaksi yang membawa petanda yang baik selaras dengan kemahuan manusia itu sendiri. Kajian ini dijalankan secara lapangan dengan sokongan kajian ilmiah. Makalah ini akan mengetengahkan konsep interaksi masyarakat Murut Paluan yang menjalinkan hubungan akrab dengan alam sekeliling mereka. Kehidupan mereka yang fleksibel dengan alam telah menunjukkan satu sistem interaksi yang dipercayai menghindarkan mereka daripada malapetaka. Tinjauan ini seterusnya akan memaparkan jiwa “kemurutan” yang peka terhadap sekeliling mereka.