Peranan komitmen organisasi sebagai mediator terhadap hubungan kepuasan kerja dengan niat pusing ganti dalam kalangan kakitangan akademik institusi pengajian tinggi swasta

Pusing ganti dalam kalangan kakitangan akademik terutamanya di institusi pengajian tinggi swasta amat membimbangkan. Oleh hal yang demikian, pengkaji berminat untuk menyelidik dengan lebih mendalam mengenai peranan komitmen organisasi sebagai mediator terhadap hubungan kepuasan kerja dengan niat pus...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Norailiza Mazlan, Nurul-Azza Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21504/1/Peranan%20Komitmen%20Organisasi%20sebagai%20Mediator%20terhadap%20Hubungan%20Kepuasan%20Kerja%20dengan%20Niat%20Pusing%20Ganti.pdf
Description
Summary:Pusing ganti dalam kalangan kakitangan akademik terutamanya di institusi pengajian tinggi swasta amat membimbangkan. Oleh hal yang demikian, pengkaji berminat untuk menyelidik dengan lebih mendalam mengenai peranan komitmen organisasi sebagai mediator terhadap hubungan kepuasan kerja dengan niat pusing ganti dalam kalangan kakitangan akademik institusi pengajian tinggi swasta. Kajian ini mengunakan kaedah survei iaitu melalui pengedaran soal selidik kepada responden. Seramai 380 orang kakitangan akademik di institusi pengajian tinggi swasta di Lembah Klang mengambil bahagian dalam kajian ini. Data kajian dikumpulkan mengunakan alat ujian Skala Kepuasan Kerja Minnesota, Skala Komitmen Organisasi dan Skala Niat Pusing Ganti. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan signifikan yang negatif di antara kepuasan kerja dengan niat pusing ganti dan hubungan signifikan dan negatif juga di antara komitmen organisasi dengan niat pusing ganti. Keputusan kajian ini juga mendapati hubungan positif yang signifikan di antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi. Hasil analisis mengunakan kaedah PROCESS mendapati komitmen organisasi memainkan peranan sebagai mediator dalam hubungan di antara kepuasan kerja dengan niat pusing ganti. Institusi pengajian tinggi swasta harus memberikan penekanan terhadap inisiatif bagi mempromosi komitmen organisasi untuk mengurangkan niat pusing ganti dalam kalangan kakitangan akademik. Komitmen organisasi penting bagi membolehkan kakitangan akademik dapat menumpukan sepenuh hati terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bagi membentuk modal insan generasi akan datang.