Cabaran penjawat awam dalam menyediakan nafkah kepada ibu bapa tua

Sokongan dan bantuan kewangan daripada anak dewasa adalah sangat penting dalam kelangsungan kehidupan warga emas. Dalam hal ini, penjawat awam turut perlu memikul tanggungjawab menyediakan nafkah kepada ibu bapa tua. Namun demikian, mereka telah berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk menyediakan n...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Irina Riyanti Muhammad Nur, Khadijah Alavi, Nazirah Hassan, Nur Hasna Che Had, Mohd Shakir Zufayri Shuhaimi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21510/1/Cabaran%20Penjawat%20Awam%20dalam%20Menyediakan%20Nafkah%20kepada%20Ibu%20Bapa%20Tua.pdf
Description
Summary:Sokongan dan bantuan kewangan daripada anak dewasa adalah sangat penting dalam kelangsungan kehidupan warga emas. Dalam hal ini, penjawat awam turut perlu memikul tanggungjawab menyediakan nafkah kepada ibu bapa tua. Namun demikian, mereka telah berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk menyediakan nafkah tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran penjawat awam dalam menyediakan nafkah kepada ibu bapa tua. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan bertujuan dengan melibatkan informan seramai sembilan orang penjawat awam gred 11 hingga 52 terdiri daripada kaum Melayu dan beragama Islam. Pengumpulan data adalah melalui kaedah temu bual mendalam, pemerhatian dan nota lapangan. Lokasi kajian di beberapa kementerian dan jabatan yang melibatkan sembilan orang informan dalam kalangan penjawat awam. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat dua cabaran yang dihadapi oleh penjawat awam dalam menyediakan nafkah kepada ibu bapa tua iaitu cabaran ekonomi (kos pendidikan anak, kos sara hidup dan perancangan kewangan keluarga) dan cabaran sosial (masalah kesihatan, jangkaan harapan ibu bapa dan keluarga serta kekangan pasangan). Kesimpulan kajian mendapati bahawa setiap cabaran yang dihadapi oleh penjawat awam selaraskan dengan langkah-langkah intervensi yang lebih komprehensif daripada segi dasar, pelaksanaan dan bantuan serta sokongan untuk jangka masa pendek dan panjang bagi mengelakkan sebarang konflik yang boleh menjejaskan produktiviti penjawat awam pada masa hadapan.