Summary: | Pelajar yang berakhlak mulia dikatakan sebagai pemimpin masa depan. Mereka bakal menggantikan pemimpin yang ada pada hari ini. Justeru, mereka perlu dididik agar mampu menjadi pemimpin pada masa hadapan. Pelbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan untuk mencapai hasrat tersebut. Oleh itu kajian ini bertujuan mengkaji pendekatan sabar dalam pembentukan akhlak muslim pelajar. Metod yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif, menggunakan pendekatan analisis dokumen melalui dokumen primer dan dokumen sekunder bagi mengkaji konsep sabar dari perspektif Islam, hubungannya serta aplikasi dalam pembentukan akhlak muslim pelajar. Hasil kajian mendapati, elemen pendekatan sabar amat sesuai untuk pembentukan akhlak muslim pelajar. Perbincangan ini memberi implikasi bahawa pendekatan sabar mampu menjadi pendekatan alternatif dalam proses pembentukan akhlak pelajar agar mereka mengamalkan sifat sabar dalam proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah, sabar membentuk jati diri menjadi insan yang baik, sabar dalam mematuhi ajaran agama Islam, dalam amal ibadah, pergaulan sesama kawan dan dengan orang yang lebih dewasa.
|