Ramalan kesesuaian habitat rusa sambar (Rusa unicolor) di Kompleks Hutan Utama Taman Negara dan sekitarnya

Populasi rusa sambar (Rusa unicolor) mengalami penurunan dan dikategorikan sebagai rentan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam dan Sumber Asli pada tahun 2014. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti faktor sekitaran yang mempengaruhi kesesuaian habitat rusa sambar, yang terdiri darip...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Fatin Khodri, Tukimat Lihan, Muzneena Ahmad Mustapha, Taherah Mohd Taher, Nurul Atikah Tajul Ariffin, Nur Izzati Abdullah, Nurul Darsani Amat Darbis, Shukor Md Nor
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21605/1/SD%202.pdf
Description
Summary:Populasi rusa sambar (Rusa unicolor) mengalami penurunan dan dikategorikan sebagai rentan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam dan Sumber Asli pada tahun 2014. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti faktor sekitaran yang mempengaruhi kesesuaian habitat rusa sambar, yang terdiri daripada kecerunan, ketinggian, guna tanah, jarak daripada bandar, jarak daripada sungai dan litologi dianalisis menggunakan sistem maklumat geografi (GIS). Data kehadiran rusa sambar dari tahun 1992-2008 diintegrasikan dengan faktor sekitaran menggunakan model entropi maksimum untuk mengenal pasti habitat yang sesuai bagi rusa sambar di kompleks hutan utama Taman Negara. Hasil kajian ini menunjukkan jarak dari sungai menyumbang peratusan paling tinggi dalam model kesesuaian habitat iaitu 47.7%. Manakala jarak dari bandar, jenis guna tanah, ketinggian, kecerunan dan litologi menyumbang sebanyak 21.8%, 16.1%, 7.2%, 6.7% dan 0.4%. Habitat yang sesuai bagi rusa sambar meliputi 37% daripada keseluruhan kawasan kajian (2,218,389 hektar). Kajian penentuan potensi habitat rusa sambar yang sesuai di kompleks hutan utama Taman Negara penting untuk pengurusan hidupan liar seperti aktiviti pelepasan semula.