Summary: | Dalam penelitian ini, beberapa bahagian bacaan teks Indrawijaya prosa dijajarkan dengan dengan teks Kakawin Indrawijaya (teks puisi Jawa Kuno). Penjajaran ini meliputi sebagian wacana, kalimat, dan kata-katanya di kedua teks tersebut. Daripada hasil penjajaran ini dapat membuktikan bahawa tuduhan Zoetmulder yang mengatakan bahawa karya kakawin-kakawin minor merupakan karya penulis yang epigon adalah tidak benar kerana Pujangganya Kakawin Indrawijaya, yakni Madya Mregiwu adalah seorang penulis yang kreatif, meskipun beberapa kalimat dan kata-kata terkesan hanya menjiplak saja daripada bentuk prosanya, namun setelah diteliti ternyata Madya Mregiwu banyak menggunakan sinonim baik daripada bahasa Jawa Kuno mahu pun bahasa Sanskrit, menambahan kata-kata serta kalimat yang berfungsi memperkuat cerita, dan menulis variasi tokoh-tokohnya yang maknanya mendukung ceritanya.
|