Kepentingan dan cabaran monopoli hak menjual garam oleh keluarga Koo di Taiwan sebelum perang dunia kedua

Artikel ini memfokuskan tentang kepentingan dan cabaran monopoli hak menjual garam yang dimiliki oleh Keluarga Koo di Taiwan sebelum Perang Dunia Kedua merangkumi tempoh 1895 hingga 1930. Hal ini disebabkan naratif monopoli hak menjual garam di Taiwan oleh Keluarga Koo kurang dibincangkan oleh para...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Tan, Soon Chin, Adnan Jusoh
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21791/1/Kepentingan%20dan%20Cabaran%20Monopoli%20Hak%20Menjual%20Garam.pdf
Description
Summary:Artikel ini memfokuskan tentang kepentingan dan cabaran monopoli hak menjual garam yang dimiliki oleh Keluarga Koo di Taiwan sebelum Perang Dunia Kedua merangkumi tempoh 1895 hingga 1930. Hal ini disebabkan naratif monopoli hak menjual garam di Taiwan oleh Keluarga Koo kurang dibincangkan oleh para sarjana disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah kekurangan sumber. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan kepentingan dan perkembangan monopoli hak menjual garam oleh Keluarga Koo di negara Taiwan sepanjang tempoh kajian. Penelitian ini menerapkan kaedah tafsiran sejarah dengan membuat analisis terhadap sumber primer yang terdapat di The Archives of Institute of Taiwan History, The Institute of Qing History di China dan National Central Library di Taiwan. Di samping itu, penelitian juga dilakukan dengan menelaah sejumlah buku, artikel, dan akhbar untuk memantapkan penulisan ini. Hasil kajian mendapati monopoli hak menjual garam yang diperoleh oleh Keluarga Koo di Taiwan adalah disebabkan oleh hubungan baik dengan pemerintah Jepun. Malahan, kerajaan Jepun turut memperuntukkan subsidi kepada Keluarga Koo untuk membaiki tanah garam yang musnah akibat hujan lebat dan angin kencang yang berlaku pada tempoh itu. Keadaan ini secara tidak langsung telah membantu Keluarga Koo mempertahankan monopoli hak menjual garam yang dimiliki. Walau bagaimanapun, Keluarga Koo juga turut menghadapi cabaran dalam monopoli hak menjual garam apabila kos yang besar diperlukan untuk memulihkan tanah garam yang rosak. Justeru itu, tulisan ini sangat penting kepada orang awam khususnya dalam memahami strategi perniagaan Keluarga Koo untuk memonopoli hak menjual garam di Taiwan sebelum Perang Dunia Kedua.