Kerelevanan wakaf dalam mengurus tanah terbiar di Malaysia

Sejak sekian lamanya tanah terbiar menjadi isu yang penting diperingkat nasional. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi membolehkan tanah-tanah ini diusahakan serta dimajukan. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan pendekatan alternatif yang sesuai dalam mengurus tanah terbiar. Ia dianalisis...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad ‘As’ Syaqim Mohamad Idris, Azima Abdul Manaf, Ahmad Dahlan Salleh, Abdul Jalil Omar, Zaimah Ramli, Suraiya Ishak
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21984/1/Akademika_21.pdf
Description
Summary:Sejak sekian lamanya tanah terbiar menjadi isu yang penting diperingkat nasional. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi membolehkan tanah-tanah ini diusahakan serta dimajukan. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan pendekatan alternatif yang sesuai dalam mengurus tanah terbiar. Ia dianalisis dengan menggunakan pendekatan wakaf yang sesuai dalam mempertimbangkan cara mengurus tanah terbiar. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan data sekunder yang diperoleh daripada dokumen rasmi dan serta kajian lepas. Dapatan kajian mendapati fokus diberikan terhadap faktor dan usahan kerajaan untuk menanganinya. Hal ini menjelaskan bahawa usaha untuk merungkai tanah terbiar bukanlah satu penekanan yang perlu diperhatikan tetapi fokus paling penting adalah bagaimana tanah-tanah terbiar ini boleh diuruskan dengan baik. Terdapat banyak kajian yang telah menyentuh faktor dan sebab berlakunya tanah pertanian terbiar. Namun, kajian yang menumpu kepada jalan penyelesaian dalam mengurus tanah pertanian terbiar masih kurang dijalankan. Oleh yang demikian, fokus terhadap kaedah wakaf dalam mengurus tanah terbiar telag diperincikan. Pendekatan wakaf dilihat rasional dalam mengurus tanah-tanah terbiar milik orang Melayu khususnya. Ini kerana wakaf bukan sahaja nerupakan satu bentuk amalan yang memberi fokus terhadap agama, namun ia juga memberi penekanan terhadap pembangunan ekonomi ummah. Hal ini jelas apabila wakaf mempunyai kaedah-kaedah yang tertentu dalam membantu menyelesaikan isu yang berkaitan dengan pengurusan harta.