Summary: | Artikel ini membincangkan latar belakang penubuhan bahagian baharu UMNO iaitu UMNO Bahagian Batu Berendam di Melaka dan menganalisis kepimpinan awal pertubuhan ini di bawah tiga ketua bahagian terawal. Melalui perbincangan ini, dapat dinilai sejauh mana usaha dan penglibatan pemimpin-pemimpin awal ini dalam mendapatkan kepercayaan orang Melayu dan juga menstabilkan pembangunan UMNO di Batu Berendam semasa era awal pembentukan. Dari segi metodologi, artikel ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah penyelidikan sejarah yang merangkumi kajian perpustakaan dan temu bual. Melalui kajian perpustakaan, penyata-penyata UMNO Malaysia dan Batu Berendam, fail dan laporan rasmi UMNO Batu Berendam, artikel akhbar-akhbar tempatan dan kebanyakan sumber akademik sekunder telah dimanfaatkan. Kesemua sumber primer dan sekunder ini diperoleh daripada Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Pejabat UMNO Bahagian Batu Berendam, Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Institusi-Institusi Pengajian Tempatan dan Perpustakaan Negara. Bagi tujuan mendapatkan informasi primer mengenai topik yang dikaji, temu bual dengan beberapa tokoh veteran dan pemimpin yang menggerakkan parti ini turut dijalankan.
|