'Dimanakah kurangnya?’: memahami komunikasi keluarga dalam kalangan remaja merokok
Statistik peningkatan penglibatan remaja dalam isu penyalahgunaan bahan terus meningkat secara global di serata dunia dan keadaan ini semakin serius dari tahun ke tahun. Di ruangan akhbar banyak menunjukkan situasi dimana golongan remaja merupakan sebahagian golongan yang menyumbang kepada statisti...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22284/1/JD%204.pdf |
Summary: | Statistik peningkatan penglibatan remaja dalam isu penyalahgunaan bahan terus meningkat secara global di serata dunia dan keadaan ini semakin serius dari tahun ke tahun. Di
ruangan akhbar banyak menunjukkan situasi dimana golongan remaja merupakan sebahagian golongan yang menyumbang kepada statistik bilangan perokok di Malaysia.Peningkatan aktiviti merokok dalam kalangan remaja ini juga berkemungkinan bermula daripada keluarga itu sendiri. Kelemahan komunikasi dalam keluarga juga merupakan antara faktor penyumbang peningkatan aktiviti merokok dalam kalangan remaja. Kertas
kerja ini adalah merupakan kertas konsep berkaitan isu komunikasi keluarga dalam kalangan remaja merokok. Definisi komunikasi keluarga dalam kalangan remaja merokok
dibincangkan dengan terperinci mengikut perspektif bidang sains sosial. Selain itu, konsep komunikasi keluarga akan dibincangkan mengenai kajian- kajian terdahulu dalam dan luar negara. Teori pembelajaran sosial yang diperkenalkan oleh Bandura telah dipilih dalam memberi kefahaman tentang tingkahlaku merokok yang ditunjukkan oleh remaja dipelajari
daripada pemerhatian dan peniruan daripada orang sekeliling mereka. Adalah diharapkan ibu bapa yang mempunyai anak yang masih remaja dapat lebih cakna dalam isu merokok sebagai satu benteng pencegahan. |
---|