Summary: | Sabar merupakan satu sifat yang dipuji agama kerana meneladani sifat-sifat keunggulan nabawi. Namun, persekitaran komuniti mencalarkan ketenteraman masyarakat yang gagal mengawal emosi marah sehingga mengakibatkan
ketirisan moral dalam komuniti kejiranan. Kes-kes yang berlaku pertengkaran akibat marah melibatkan pelbagai
peringkat diterjemahkan melalui perilaku komuniti amat membimbangkan. Sehubungan itu, pendekatan sifat sabar
wajar dicontohi berdasarkan pengamalan yang dianjurkan Nabi SAW. Implementasi sifat sabar mencerminkan etika
akhlak masyarakat muslim. Artikel ini menggunakan sorotan literatur melalui beberapa sumber primer dan sekunder.
Artikel ini juga menggunakan kaedah deduktif dan tematik. Hasil kajian mendapati sifat sabar merupakan sebahagian
nilai pembangunan moral insan. Komponen sifat sabar perlu dipraktikkan dalam urusan yang melibatkan legasi
hidup bersosial dalam komuniti gaya hidup berjiran. Justeru, elemen-elemen seperti penjagaan lidah dalam komuniti
berjiran, tuntutan memuliakan jiran, memelihara keharmonian jiran dan menghindari jiran yang buruk moralnya perlu disadurkan dengan sifat sabar. Oleh itu, relevansi sifat sabar seharusnya dipupuk dari usia kecil. Bahkan disemai dalam interaksi sosial berorientasikan pendekatan nabawi bagi mewujudkan keharmonian warga komuniti kejiranan
khususnya dalam meneruskan kehidupan yang kian mencabar.
|