Peranan program keagamaan terhadap kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan banduan wanita

Banduan wanita sering dikaitkan dengan masalah kesihatan mental. Jika tidak ditangani dengan baik mampu merencatkan proses pemulihan mereka sepanjang menjalani hukuman di penjara. Rentetan daripada itu pelbagai pendekatan dilakukan oleh pihak penjara dalam melaksanakan program pemulihan kepada ban...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Jamiaah Abdul Jalil, Rozmi Ismail, Yusmini Md Yusoff, Fariza Md Sham, Juwairiah Hassan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22631/1/al%20hikmah%206.pdf
Description
Summary:Banduan wanita sering dikaitkan dengan masalah kesihatan mental. Jika tidak ditangani dengan baik mampu merencatkan proses pemulihan mereka sepanjang menjalani hukuman di penjara. Rentetan daripada itu pelbagai pendekatan dilakukan oleh pihak penjara dalam melaksanakan program pemulihan kepada banduan. Antaranya dengan menggunakan pendekatan keagamaan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti peranan program keagamaan dalam mengurangkan masalah kesihatan mental banduan wanita khususnya yang berkait dengan masalah kebimbangan dan kemurungan. Tumpuan diberikan kepada masalah kebimbangan dan kemurungan disebabkan kedua-dua aspek ini sering dikaitkan dengan banduan wanita. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan mengedarkan soal selidik kepada responden yang terdiri daripada 141 orang banduan wanita. Manakala, data kualitatif melalui temu bual bersama 4 orang responden (banduan wanita) menjadi data sokongan kepada data kuantitatif. Hasil kajian mendapati program keagamaan mempunyai hubungan negatif dengan kebimbangan dan kemurungan banduan wanita. Pemahaman dan penghayatan terhadap akidah yang sebenar mampu memberi kesan yang positif terhadap kesihatan mental banduan wanita.