Summary: | Pandemik COVID-19 yang menjadi wabak di dunia dan Malaysia telah mencatat sebanyak 5,125,209 kes di Malaysia
dan angka kematian sehingga kini iaitu pada 16 September 2023 telah mencatat sebanyak 37,171 kes. Di Malaysia,
wabak COVID-19 telah memberi kesan yang sangat besar kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan, dan
pendidikan negara. Peningkatan kes yang mendadak telah membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
memberi pelbagai kesan kepada masyarakat Malaysia. Terdapat beberapa kajian penyelidikan yang telah dilakukan
untuk mengkaji COVID-19. Walau bagaimanapun, terdapat tiada kajian yang memfokuskan kepada golongan B40 di
Selangor. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan COVID-19 kepada golongan B40 di Selangor dari
segi ekonomi dan sosial. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti cara-cara mengatasi kesan
COVID-19 terhadap ekonomi dan sosial antara masyarakat di Selangor. Tindak balas dan persepsi golongan B40 di
Selangor terhadap kesan COVID-19 diukur melalui tinjauan dalam talian. Seramai 200 responden dari seluruh Selangor
terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti golongan B40 mengalami kesan COVID-19
dan pada masa yang sama inisiatif kerajaan telah dapat membantu mereka. Justeru, melalui pemahaman terhadap
COVID-19 dalam kalangan B40 dan cara mengatasinya, langkah pencegahan yang terpilih mengikut pendekatan
yang bersesuaian dapat dilaksanakan agar kesejahteraan rakyat B40 dapat ditingkatkan dan dipulihkan dari segi
sosioekonomi masyarakat.
|