Analisis pembentukan hukum Islam dari perspektif Barat

Perkembangan hukum Islam yang merangkumi kurun ketiga sehingga kurun kelima hijrah telah menghasilkan pelbagai persepsi positif dan prejudis dalam kalangan sarjana Barat. Kemuncak perkembangan hukum Islam pada kurun ketiga hijrah telah dianggap sebagai Zaman Keemasan yang telah berjaya melahirkan pe...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ariyanti Mustapha, Abdul Karim Ali, Zuraidah Kamaruddin, Mohd. Arif Nazri
Format: Article
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23109/1/HA%201.pdf
Description
Summary:Perkembangan hukum Islam yang merangkumi kurun ketiga sehingga kurun kelima hijrah telah menghasilkan pelbagai persepsi positif dan prejudis dalam kalangan sarjana Barat. Kemuncak perkembangan hukum Islam pada kurun ketiga hijrah telah dianggap sebagai Zaman Keemasan yang telah berjaya melahirkan pelbagai metodologi usul-fiqh sebagai indikator kematangan intelek para sarjana Islam. Kewujudan metodologi usul fiqh yang komprehensif telah dirumuskan oleh Barat sebagai evolusi daripada perundangan Rom dan Yahudi. Artikel ini dihasilkan untuk menganalisis hasil penulisan Barat seperti Wael Hallaq, Joseph Schacht, Ignaz Goldziher dan beberapa penulisan orientalis kontemporari dalam sejarah pembentukan hukum Islam dengan menggunakan kaedah kualitatif dan komperatif. Hasil kajian ini mendapati interpretasi metodologi hukum Islam dalam penulisan Schacht dan Goldziher adalah tidak tepat. Manakala penulisan orientalis barat kontemporari lebih bersikap telus terhadap perkembangan hukum Islam. Kajian ini mendapati hukum Islam yang disifatkan oleh barat yang berasaskan kepada Foreign Affairs adalah tidak tepat dan bersifat Ravionis terhadap pembentukan hukum Islam.