Summary: | Umumnya, terdapat perubahan penting dalam sistem pentaksiran pendidikan di Brunei diperkenalkan dengan
pelaksanaan Pentaksiran Kendalian Sekolah untuk Pembelajaran - School Based Assessment for Learning (SBAfL)
termasuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini adalah untuk meneroka adakah pentaksiran SBAfL ini
mempengaruhi gaya pengajaran guru-guru Pendidikan Islam. Kajian ini merupakan kajian fenomenologi yang
menggunakan pendekatan kualitatif dan tujuh orang peserta telah dipilih berasaskan persampelan bertujuan.
Data diperoleh melalui i) kaedah temu bual secara mendalam, ii) pemerhatian langsung di bilik darjah secara non
participant dan iii) bukti dokumen. Aspek kesahan dan kebolehpercayaan data dibuat melalui proses triangulasi, tempoh
pemerhatian yang lama, persetujuan peserta kajian, penelitian rakan sebaya, dan bias pengkaji, kedudukan pengkaji,
pengesahan pakar dan pencapaian penilaian pakar melalui Cohen Kappa. Dalam menjana tema dan sub-tema data
dianalisis dengan bantuan perisian Atlas.ti 7.5.9. Secara keseluruhannya, pelaksanaan SBAfL bukan sahaja memberi
pengaruh dari segi pedagogi guru pendidikan Islam malahan dari segi sikap dan penerimaan guru terhadap perubahan
dan pembaikan dalam amalan pentaksiran di bilik darjah. Guru pendidikan Islam dalam kajian ini menerima dan dapat
mengaplikasikan pembaharuan dalam pelaksanaan SBAfL mata pelajaran pendidikan Islam.
|