Wajah filem Islamik representasi busana dan solekan: analisis kandungan filem Imam

Dalam sesebuah filem berbentuk Islamik, busana dan solekan adalah antara wajah kepada filem yang dapat menggambarkan genre penerbitannya dan latar peristiwa sebuah filem. Walaupun begitu, busana dan solekan watak dan perwatakan yang dipersembahkan mampu memberi pelbagai konotasi terhadap rep...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wawarah Saidpudin, Md Rozalafri Johari
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23284/1/al-Hikmah_15_2_6.pdf
Description
Summary:Dalam sesebuah filem berbentuk Islamik, busana dan solekan adalah antara wajah kepada filem yang dapat menggambarkan genre penerbitannya dan latar peristiwa sebuah filem. Walaupun begitu, busana dan solekan watak dan perwatakan yang dipersembahkan mampu memberi pelbagai konotasi terhadap representasi filem itu sendiri. Oleh itu. kajian ini bertujuan untuk menganalisis elemen busana dan solekan dalam filem Islamik terhadap representasi dakwah berdasarkan latar peristiwa filem. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap busana dan solekan watak-watak utama yang terdiri daripada bangsa Melayu yang beragama Islam dan saudara baharu (mualaf) yang berketurunan Dayak dalam filem Imam (2023) yang diarahkan oleh Mior Hashim Manap. Hasil kajian mendapati bahawa busana dan solekan yang dipaparkan di dalam filem tersebut menepati unsur-unsur pemakaian Islamik ketika tahun 80-an sesuai dengan situasi masyarakat ketika itu. Kesimpulannya, filem Imam adalah manifestasi bagi karya Islamik yang ingin mengenengahkan elemen dakwah melalui busana dan solekan yang seiringan dengan realiti budaya dan era latar peristiwa filem.