Prestasi perniagaan dalam kalangan perniagaan kecil di bawah bimbingan agensi

Kerajaan telah memberi banyak inisiatif kepada peniaga kecil supaya dapat meningkatkan prestasi perniagaan. Walaubagaimanapun, prestasi perniagaan peniaga kecil masih kurang menggalakkan di Malaysia. Kita dapat lihat bahawa peniaga kecil selalu cenderung untuk mendapatkan kegagalan di sebab oleh kur...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Shafiqah Mohd Sabri, Suraiya Ishak, Ahmad Raflis Che Omar, Azima Abdul Manaf
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23472/1/21_34_642652358541PB.pdf
Description
Summary:Kerajaan telah memberi banyak inisiatif kepada peniaga kecil supaya dapat meningkatkan prestasi perniagaan. Walaubagaimanapun, prestasi perniagaan peniaga kecil masih kurang menggalakkan di Malaysia. Kita dapat lihat bahawa peniaga kecil selalu cenderung untuk mendapatkan kegagalan di sebab oleh kurang faktor dalaman iaitu prestasi kewangan dan prestasi bukan kewangan. Kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat prestasi perniagaan dalam kalangan perniaga kecil di bawah bimbingan agensi. Terdapat 3 buah agensi yang terlibat dalam kajian ini iaitu agensi Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp.) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu dengan menggunakan soal selidik. Seramai 60 orang responden usahawan kecil yang terdiri daripada 20 responden agensi Insken, 20 responden daripada agensi Sme Corp. dan 20 responden lagi daripada agensi Mara telah menjawab soal selidik ini. Data yang diperolehi dalam kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS). Analisis kajian adalah menggunakan analisis deskriptif iaitu purata min dan ANOVA Satu Hala. Kajian mendapati bahawa ketiga-tiga agensi mempunyai signifikan positif. Hasil kajian menunjukkan SME Corp dan INSKEN mempunyai hubungan signifikan yang tinggi dalam prestasi kewangan dan MARA dan SME Corp mempunyai hubungan signifikan paling tinggi dalam prestasi bukan kewangan. Justeru tu, dapat dilihat bahawa prestasi perniagaan kecil mempunyai prestasi yang lebih baik dengan adanya agensi pembimbing berbanding dengan peniaga kecil yang tidak mempunyai bimbingan agensi.