Tingkah laku kepimpinan masyarakat Semai dalam Novel Ludaad

Kepimpinan ditakrifkan sebagai tingkat kepimpinan seseorang pemimpin iaitu pemimpin yang bertahap rendah, pertengahan atau tinggi. Dalam pada itu, Orang Asli atau Orang Asal pula merujuk kepada sekelompok penduduk bumiputera yang terdapat di Semenanjung Malaysia iaitu memiliki kepelbagaian sifat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Aqhari Isa, Saravanan P. Veeramuthu, Mohamad Luthfi Abdul Rahman, Malini N. G. Ganapathy, Nordiana Hamzah, Manonmani Devi M.A.R Annamalai
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23708/1/Akademika_94_1_7.pdf
Description
Summary:Kepimpinan ditakrifkan sebagai tingkat kepimpinan seseorang pemimpin iaitu pemimpin yang bertahap rendah, pertengahan atau tinggi. Dalam pada itu, Orang Asli atau Orang Asal pula merujuk kepada sekelompok penduduk bumiputera yang terdapat di Semenanjung Malaysia iaitu memiliki kepelbagaian sifatnya sama ada dari sudut etnik dan tempat tinggalnya. Kajian ini adalah untuk melihat kepimpinan masyarakat Semai dalam novel ‘Ludaad’ karya Mahat A/L China. Kajian ini didasarkan kepada tingkah laku kepimpinan masyarakat Semai yang sering ditimbulkan oleh pengarang dalam karyanya berdasarkan kaca mata beliau sendiri sebagai orang Semai. Fokus kajian ini adalah untuk meneliti tingkah laku pemimpin dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai ketua masyarakat bagi menyelesaikan konflik-konflik yang berlaku dalam kalangan masyarakat Semai. Selain itu, kajian ini juga melihat sejauh manakah faktor situasi mempengaruhi pemimpin dalam membuat keputusan berdasarkan tingkah laku yang diamalkan bagi mengatasi konflik yang berlaku. Kaedah yang digunakan adalah kaedah kepustakaan, menganalisis kandungan teks dan pengaplikasian Teori Laluan-Matlamat bagi menguatkan lagi hujah yang ingin disampaikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tingkah laku kepimpinan melalui watak Penghulu Busu menepati empat dasar yang ditetapkan dalam Teori Laluan-Matlamat. Rumusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa Penghulu Busu mengamalkan tingkah laku yang berbeza berdasarkan faktor peribadi sebagai ketua yang dihormati dan faktor persekitaran berdasarkan ancaman orang asing.