Falsafah Fatalisme dan Takdir Qur’ānī Menurut Abū Ḥāmid Muḥammad b. Muḥammad al-Ghazālī (W. 505 H)

Perbincangan yang berkaitan dengan takdir bukan suatu isu yang baharu. Sejak zaman rasulullah s.a.w, perkara berkaitan dengan takdir telah menjadi topik perbincangan. Namun, falsafah takdir dalam dunia hari ini telah dicampuri dengan nilai-nilai dan idea-idea yang berbentuk sekular dan liberal y...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Yunus Mohd Noor, Bismillah Za’bah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23717/1/Akademika_94_1_16.pdf
Description
Summary:Perbincangan yang berkaitan dengan takdir bukan suatu isu yang baharu. Sejak zaman rasulullah s.a.w, perkara berkaitan dengan takdir telah menjadi topik perbincangan. Namun, falsafah takdir dalam dunia hari ini telah dicampuri dengan nilai-nilai dan idea-idea yang berbentuk sekular dan liberal yang merupakan cabaran pemikiran yang lahir daripada peradaban barat. Kefahaman berkenaan dengan konsep takdir telah dipengaruhi oleh pelbagai ideologi, budaya dan pemikiran terutamanya dari sudut pandangan falsafah barat. Salah satunya adalah falsafah fatalisme yang membicarakan soal takdir dan nasib diri individu. Kefahaman takdir bagi umat Islam amat penting memandangkan takdir adalah unsur yang berkait dengan pegangan aqidah dan termasuk dalam rukun iman. Takdir manusia yang bersifat ghaib sangat berkait dengan perkara seperti ikhtiar, doa, tawakal dan kekuasaan Tuhan. Cara berfikir dan bertingkah laku manusia akan dipengaruhi dengan kefahaman dan pegangan takdir. Oleh hal yang demikian, objektif artikel ini adalah bagi menganalisis perbezaan falsafah fatalisme dan takdir menurut pandangan tokoh Abū Ḥāmid Muḥammad b. Muḥammad al-Ghazālī (w. 505 H). Artikel ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan menganalisis kandungan al-Qur’ān secara tematik berdasarkan tema, serta dokumen-dokumen dan penulisan kajian barat yang berkaitan. Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati bahawa al-Qur’ān mengandungi perbincangan tentang ideologi fatalisme dan terdapat perbezaan jelas antara kefahaman Islam tentang takdir dan ideologi fatalisme. Implikasi artikel ini adalah memberikan kefahaman yang mendalam ke atas kedua-dua falsafah agar kesalahfahaman dapat dielakkan.