Meneroka kesunyian dan keperluan sokongan emosi ke arah kesejahteraan hidup warga emas

Sebagai manusia biasa setiap daripada kita tidak akan terlepas dan akan melalui rasa kesunyian. Kebanyakan kajian menekankan bahawa warga emas adalah golongan yang sangat terdedah dengan risiko kesunyian disebabkan oleh perasaan kehilangan dan perubahan hidup. Oleh itu, kajian ini akan meneroka fakt...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noor Ayuni Shafni Ishak, Khadijah Alavi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23801/1/ST%206.pdf
Description
Summary:Sebagai manusia biasa setiap daripada kita tidak akan terlepas dan akan melalui rasa kesunyian. Kebanyakan kajian menekankan bahawa warga emas adalah golongan yang sangat terdedah dengan risiko kesunyian disebabkan oleh perasaan kehilangan dan perubahan hidup. Oleh itu, kajian ini akan meneroka faktor kesunyian, keperluan sokongan emosi dan program komuniti untuk meningkatkan kesejahteraan hidup warga emas. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur. Lima orang informan telah dipilih dalam kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data temu bual dianalisis dengan menggunakan kaedah secara tematik dan hasil kajian juga menunjukkan warga emas sentiasa merasai kesunyian apabila berseorangan. Kebanyakan daripada mereka mengalami kesunyian disebabkan oleh anak-anak yang sibuk bekerja dan meninggalkan mereka seorang diri di rumah dan menyebabkan warga emas kurang berinteraksi bersama anak-anak sehingga menyebabkan mereka kurang mendapatkan sokongan emosi, malah hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan warga emas melibatkan diri dengan aktiviti bersama komuniti untuk mengelakkan perasaan sunyi. Kebanyakan informan juga mempunyai pandangan yang positif terhadap program-program yang dsediakan untuk warga emas di komuniti mereka. Implikasi kajian ini dapat memberi manfaat kepada pekerja sosial, kaunselor, penggubal polisi bertujuan kaunnseling, rawatan dan pembangunan komuniti.