Tahap penglibatan ibu bapa dan penguasaan murid dalam pembelajaran bahasa melayu di sebuah sekolah kebangsaan pedalaman di daerah Lahad Datu
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar dalam pendidikan anak-anak, termasuklah dalam pembelajaran Bahasa Melayu mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran Bahasa Melayu anak-anak serta mengenal pasti hubungan tahap penglibatan ibu bapa deng...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23884/1/JpBM_5.pdf |
Summary: | Ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar dalam pendidikan anak-anak, termasuklah dalam pembelajaran Bahasa Melayu mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran Bahasa Melayu anak-anak serta mengenal pasti hubungan tahap penglibatan ibu bapa dengan tahap penguasaan murid dalam subjek Bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga akan mengenal pasti hubungan taraf pendidikan ibu bapa dengan tahap penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran subjek Bahasa Melayu murid. Data dikumpulkan melalui soal selidik kepada 108 orang ibu bapa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penglibatan ibu bapa terhadap pembelajaran Bahasa Melayu anak-anak mereka berada pada tahap sederhana sahaja. Dari segi hubungan taraf pendidikan ibu bapa dengan tahap penguasaan murid dalam subjek Bahasa Melayu menunjukkan hubungan yang positif tetapi tidak signifikan. Hal ini menunjukkan penglibatan ibu bapa tidak memberi impak positif terhadap penguasaan Bahasa Melayu anak-anak mereka. Oleh itu, penting bagi pihak sekolah untuk melibatkan secara aktif para ibu bapa dalam pembelajaran Bahasa Melayu anak-anak mereka di sekolah melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan di sekolah. |
---|