Menyelusuri Filem Melayu dengan subjek Sastera Melayu

Bahan sastera Melayu telah diangkat sebagai subjek naratif filem Melayu sejak tahun 1956. Namun begitu, terdapat jurang ilmu yang ketara berhubung korpus ilmu tentang kemunculan dan perkembangan karya sastera Melayu sebagai naratif filem Melayu. Justeru itu, artikel ini bertujuan menjawab persoalan,...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Afifah Vanitha Abdullah, Siti Nur Izra Safra' Abdul Halim, Fatimah Muhd Shukri
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24079/1/141-155%2075628-248598-2-PB.pdf
Description
Summary:Bahan sastera Melayu telah diangkat sebagai subjek naratif filem Melayu sejak tahun 1956. Namun begitu, terdapat jurang ilmu yang ketara berhubung korpus ilmu tentang kemunculan dan perkembangan karya sastera Melayu sebagai naratif filem Melayu. Justeru itu, artikel ini bertujuan menjawab persoalan, ‘apakah bentuk genre karya sastera Melayu dan bila ia diangkat sebagai subjek filem Melayu? Artikel ini bersandarkan data daripada penyelidikan asas dengan reka bentuk kajian kualitatif, dan pendekatan historikal sebagai kerangkanya. Kajian ini mengaplikasi kaedah analisis kandungan bagi meneliti bahan dalam bentuk cetak serta digital. Bahan utama adalah filem-filem sastera Melayu untuk memperolehi data berhubung naratif sastera dalam filem-filem Melayu, selain laman web FINAS, surat khabar dan dokumentasi ilmiah yang lepas. Artikel ini merakamkan bahawa sejak tahun 1956, pelbagai genre sastera telah diangkat sebagai subjek filem Melayu, antaranya adalah genre sastera lisan, novel tersohor dan novel popular. Filem Melayu pertama yang mengangkat sastera sebagai naratif penceritaan adalah filem Hikayat Hang Tuah1. Filem dengan subjek sastera telah diangkat oleh pengarah dari negara India dan Melayu pada era perkembangan awal filem Melayu di Singapura. Kemunculan pengarah filem Melayu kemudiannya pula menghasilkan lima buah filem hikayat, manakala filem Melayu yang mengangkat novel pula bermula sekitar tahun 1980-an. Dapatan kajian juga mengesahkan bahawa kebanyakkan filem Melayu yang mengangkat subjek sastera sama ada meraih kemenangan dalam pertandingan filem dalam negara mahupun antarabangsa, selain meraih kutipan tiket yang cemerlang pada waktu ia ditayangkan.