Persepsi pelajar terhadap peruntukan kerajaan untuk mengatasi kemiskinan di Malaysia

Kemiskinan merupakan sesuatu isu agenda pembangunan yang mempengaruhi pembentukan dasar pembangunan di Malaysia. Malaysia semakin menuju ke arah negara berstatus maju, tetapi isu kemiskinan masih wujud dan bertambah buruk. Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap per...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jesslyn Eng Yi Sin, Doris Padmini Selvaratnam
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24133/1/PP_1.pdf
Description
Summary:Kemiskinan merupakan sesuatu isu agenda pembangunan yang mempengaruhi pembentukan dasar pembangunan di Malaysia. Malaysia semakin menuju ke arah negara berstatus maju, tetapi isu kemiskinan masih wujud dan bertambah buruk. Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap peruntukan kerajaan untuk mengatasi kemiskinan di Malaysia. Seramai 100 orang pelajar universiti telah memberi balas terhadap soal selidik yang telah dibangunkan berdasarkan kajian literatur dan diedarkan secara google form dalam media sosial. Kajian ini mencadangkan pihak kerajaan perlu memberi bantuan dan mengatasi masalah kemiskinan dengan penambahan peruntukan peruntukan kerajaan. Hal ini agar masalah kemiskinan dapat diatasi, jurang pendapatan dapat dikurangkan serta taraf hidup dan pembangunan negara dapat ditingkatkan di Malaysia. Kajian juga akan mencadangkan beberapa strategi kerajaan bagi mengatasi masalah kemiskinan ini.