Variasi kata ganti nama dalam dialek Melayu di Kelantan Selatan: analisis GIS

Kebanyakan kajian dialek di Malaysia sebelum ini telah banyak memberikan maklumat tentang perbezaan dari segi leksikal dan fonologi. Pemaparan taburan dialek dalam kajian lepas kebanyakan menggunakan kaedah tradisional untuk melakar peta isoglos sehingga menyebabkan kekaburan dalam lakaran tersebut....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Danial Aiman Azmi, Siti Noraini Hamzah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24456/1/WEE%203.pdf
Description
Summary:Kebanyakan kajian dialek di Malaysia sebelum ini telah banyak memberikan maklumat tentang perbezaan dari segi leksikal dan fonologi. Pemaparan taburan dialek dalam kajian lepas kebanyakan menggunakan kaedah tradisional untuk melakar peta isoglos sehingga menyebabkan kekaburan dalam lakaran tersebut. Namun, kemajuan teknologi yang semakin berkembang pada hari ini membolehkan peta isoglos dapat dihasilkan secara tepat dengan menggunakan perisian Geographical Information System (GIS). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti variasi leksikal kata ganti nama ‘saya’, ‘kamu’dan ‘mereka’ yang wujud dalam dialek Kelantan Selatan dengan menggunakan pendekatangeolinguistik. Kajian dialek ini melibatkan tiga daerah utama di Kelantan Selatan iaitu Jeli, KualaKrai dan Gua Musang. Data-data dikumpul menerusi kaedah kajian lapangan di 14 buah kampungdi kawasan Kelantan Selatan yang melibatkan tiga kategori umur iaitu remaja, dewasa dan wargatua. Data tersebut kemudiannya ditranskripsi dan dianalisis menggunakan pendekatan GIS. Hasil kajiantelah membuktikan bahawa sebanyak 7 varian yang ditemui bagi merujuk kepada kata ganti nama‘saya’, 6 varian mewakili kata ganti nama ‘kamu’ manakala sebanyak 4 varian bagi kata ganti nama‘mereka’ yang telah dikenal pasti dalam kalangan penutur dialek di Kelantan Selatan. Hal ini telah menunjukkan bahawa teknologi GIS bukan sahaja mampu melakar isoglos dengan tepat tetapi iadapat menunjukkan bahawa faktor bukan linguistik seperti geografi, migrasi, demografi dan sempadan menjadi faktor tambahan kepada penyebaran sesuatu dialek di satu-satu kawasan.